Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah
Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA
berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW
menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali.
Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya
dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda
SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam
hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh
mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu
Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari
tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)
Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu
Baginda SAW menolaknya.
Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:
1) Niat. Ini
berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca
‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah
lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan
seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki
selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata
lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan
hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:
“Kemudian
Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela
rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”
Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan
bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala.
Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
.
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan,
kemudia bahagian kiri.
Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk
tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata
kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang
suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi
junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan
menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke
seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)
Akan
tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut.
Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau
kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah
umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8) Memulakan
dengan bahagian kanan tubuh.
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka
mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika
bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)
9) Meratakan
air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan
lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih
oleh al-Albani)
10) Beralih dari
tempat mandi dan membasuh kaki.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar